PELAWAK dan pelakon terkenal, Zizan Razak berharap pengguna media sosial jangan terpedaya dengan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang mengguna pakai gambarnya untuk tujuan penipuan.
Menurut Zizan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana perbuatan itu boleh menjejaskan namanya baiknya.
“Berkenaan dengan posting dibuat oleh peniaga yang saya tidak tahu siapa. Yang betul-betul menipu menggunakan nama dan muka saya, memang saya terkejut.
“Saya rasa agak sedih dengan sifat sebegini, kalau ikutkan dari sudut kebenaran atau keizinan saya, memang tak ada dan boleh jatuh kepada haram kalau buat kerja seperti ini.
“Saya memang tidak pernah terlibat dengan penjualan jam dan saya harap sangat rakyat Malaysia jangan terpedaya dengan mereka yang saya rasa boleh disifatkan sebagai scammer.
“Saya ada juga bercakap dengan pihak peguam saya berkenaan dengan hal ini tapi tak mengapa.
“Pada saya untuk tindakan pertama mungkin saya uar-uarkan sebegini kepada mereka. Kalau dia teruskan juga jual mungkin tindakan akan diambil,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, Zizan juga menasihatkan agar para peniaga mencari rezeki dengan cara yang halal dan tidak menggunakan nama atau wajah orang lain tanpa keizinan individu yang terlibat.
“Jadi nasihat saya kepada mereka yang terlibat atau niat nak menggunakan gambar artis lebih baik tidak.
“Sebab apa sahaja yang kita buat, bergerak, kiri kanan, mata kita pandang atas bawah pun bernafas dengan izin Allah.
“Apatah lagi kalau kita nak mencari rezeki yang halal, kita nak makan beri pada mak, ayah, anak kita, nak jadikan darah daging.
“Saya nasihatkan sekurang-kurangnya tanya artis atau siapa-siapa sahajalah yang kita mahu gunakan gambar mereka.
“Kalau tidak mampu bayar pun minta izin, kalau tak boleh pun guna cara sendiri sebab rezeki itu luas. Kadang dengan apa cara atau tidak menggunakan artis pun ramai juga yang berjaya.
“Itu nasihat saya, apa-apa pun bukan dengan cara yang begitu kalau kita nak meniaga. Yang terbaik adalah kita tanya Allah, doa dan berusaha. Insya-Allah,” jelasnya.
Terdahulu terdapat sebuah posting di Facebook yang mempromosikan jam digital dengan menggunakan nama dan juga foto Zizan.
Posting dengan Facebook bernama Zizan Razak itu ternyata boleh mencetuskan kekeliruan orang ramai dan juga menjejaskan nama baik Zizan. -Gempak
Gempak
Sat Sep 02 2023
Menurut Zizan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana perbuatan itu boleh menjejaskan namanya baiknya. -Gempak
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show
Kaka turut melihat bahawa rancangan ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya
Ibu menangis, Zizan buat kejutan hadiahkan kereta Mercedes idaman
Momen indah tersebut dikongsi oleh abangnya, Hafiza Razak menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
'Kalau dia teruskan, tindakan akan diambil' - Zizan kesal ada peniaga salah guna nama, gambar
Menurut Zizan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana perbuatan itu boleh menjejaskan namanya baiknya.
Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!
Filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 kini berjaya mengaut RM54 juta selepas hampir dua bulan ditayangkan di seluruh Malaysia.
'Zizan Razak, Adlin Aman Ramlie terbaik!' - Baru sehari tayang, netizen suka Merewang Keluarga Pak Awang best!
Ramai tidak kering gusi melihat lawak bersahaja Zizan Razak yang buat pertama kalinya memainkan watak antagonis dalam filem tersebut.
Zizan Razak dilantik panel juri Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-6 - 'Dia versatil, pelakon bertaraf dunia'
Zizan akan menyertai pengarah Hong Kong Johnnie To, Truong Ngoc Anh dari Vietnam, Eric Khoo dari Singapura dan Ryuichi Hiroki dari Jepun.
Kutip RM45 juta, penonton puji Polis Evo 3 sudah layak ke tahap antarabangsa
Polis Evo 3 mencetuskan satu fenomena dalam dunia perfileman apabila karya arahan pengarah Syafiq Yusof kini sudah meraih kutipan RM45 juta!
#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.
Polis Evo 3 kutip RM41 juta selepas 12 hari tayangan
Filem Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dikutip dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal.